Tuesday, March 15, 2016

Suruhanjaya Reid

        Image result for Suruhanjaya Reid


Image result for Suruhanjaya Reid




Image result for Suruhanjaya Reid




Suruhanjaya Reid


Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan.

  • Anggota:
  1. Lord Reid (Hakim British) bertindak sebagai Pengerus
  2. Sir Ivor Jennings (England)
  3. Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
  4. Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) 
  5. Tuan Abul Hamid (Pakistan).
  • Tugas Suruhanjaya ini bertujuan untuk merangka sebuah perlembagaan bagi PTM yang akan merdeka.
  • Antara isu yang dibincangkan:
    1. Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat.
    2. Pemberian kuasa autonom kepada negeri dalam bidang tertentu. 
    3. Kedudukan Raja-Raja melayu.
    4. Hak istimewa orang melayu tapi tak menafikan hak kaum lain.
    5. Pewujudan satu bangsa PTM.
    6. Perlantikan seorang ketua negara berpelembangaan.
  • 131 buah memorandum diterima daripada pelbagai pihak seperti Raja-Raja Melay, orang perseorangan dan pertubuhan politik.
  • Cadangan Suruhanjaya diterbitkan pada bulan Februari 1957, Parlimen British menerimanya pada bulan Mei 1857 dan Majlis Mesyuarat Perundangan PTM mengesahkannya pada 17 Ogos 1957.
  • Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan Jus Soli bersyaratkan orang bukan melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang melayu dalam Perlembagaan PTM dan selain itu, agama islam sebagai agama rasmi PTM serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Sumbangan Suruhanjaya Reid:
  1. Membincang dan menyusun Perlembagaan PTM.
  2. Menerima memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi.
  3. Merangka perlembagaan baru untuk PTM.
  4. Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada tahun 1957
  5. Melahirkan Perlembagaan kemerdekaan 1957.




PERMULAAN PERISTIWA

  • Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM) sebelum Tanah Melayu (TM) mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 31 ogos 1957.
  • suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang Hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
  • Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956.
  • Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Okt 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi.
  • Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang di tolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.
  • Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Feb 1957 yang telah diperhalusi oleh jawatankuasa kerja.
  • Jawatankuasa kerja diwakili oleh 4 orang pemerintah melayu, 4 daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung dan Peguam Negara.
  • Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa 2 bulan dan apabila pindaan telah diterima untuk rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk  disahkan.
  • Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.
  • Cadangan suruhanjaya diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957.
  • Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan.
  • Rang perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 ogos 1957. Perlembagaan tersebut berkuat kuasa pada 27 ogos (walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 ogos iaitu selepas kemerdekaan)
  • Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila TM bergabung debgan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia.


CADANGAN SURUHANJAYA REID
  • Menurut laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan PTM yang merdeka akan diketuai seorang raja.
  • Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
  • Raja2 melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing2 manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (Berperanan seperti Gabenor)
  • Corak pemerintahan telah dipersetujui untuk menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih malalui pilihan raya untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan. 



PINDAAN LAPORAN SURUHANJAYA REID
  • Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal Bahasa.
  • Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri.
  • Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing2 sebagai bahasa penggantar di sekolah rendah telah diterima.
  • Cadangan mengenai Agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama islam tetap diterima sebagai agama Rasmi Persekutuan.
  • Pindaan ini diterima oleh orang bukan melayu kerana menjamin hak setiap rakyat PTM untuk bebas manganut agama sendiri.
  • Seterusnya Pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah Hak keistimewaan orang melayu yang menurut Suruhanjaya tersebut hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka.
  • Cadangan ini dipersetujui bahawa hak keistimewaan ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

7 comments: