Tuesday, March 15, 2016

Rundingan Kemerdekaan


Image result for Perundingan Kemerdekaan




Image result for Perundingan Kemerdekaan


Image result for Perundingan Kemerdekaan




Image result for Perundingan Kemerdekaan





Rundingan Kemerdekaan


Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.


  • UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan Dato’ Onn Jaafar menjadi ketuanya yang pertama.
  • Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan 
  • Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial
  • Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan sosial kaum Cina di tanah Melayu.
  • Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya 
  • Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu.
  • Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.  
  • Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari Londonketanah ayer.


    No comments:

    Post a Comment