Tuesday, March 15, 2016

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948

Image result for Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948



Image result for Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948



Image result for Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948


Image result for Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948




Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948


Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
       Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

  • Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
  •    Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
  •    Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
  •    Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
  1.      Raja-raja Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur Malayan Union
  2.      Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  3.      Mereka menolak kerakyatan jus soli
  4.      Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
  5.      Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
  •    Kesan rundingan;
         Ø  British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
         Ø  British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
         Ø  Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2 
              UMNO sentiasa berunding menyedarkan British.
         Ø  British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi  (proses membebaskan negeri 
              yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB.
         Ø  Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
         Ø  Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala 
              Lumpur.


Ciri-Ciri Utama Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
  • Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
  • Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali Singapura
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif & Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan

Perbezaan Antara Pentadbiran PTM Dengan MU:




Perbezaan Kerakyatan PTM Dengan MU:

No comments:

Post a Comment