Tuesday, March 15, 2016

Pengenalan Ahli Kumpulan

               

  *SHANMUGAN A/L MURUGAN



VISNUMMURUGAN A/L SUBRAMANIAM




DINESWARAN A/L MERUGAN




SIRITHARAN A/L KANNAN



THANASEELAN A/L RAVEENDRAN


**Saya hanyalah insan biasa yang mempunyai pelbagai maklumat untuk dikongsi bersama. Bersama-sama saya marilah kita menjelajah ilmu Pengajian Malaysia. Sebarang maklum balas dari anda amat saya hargai. Sudah bersedia? Mari kita mulakan.....

Pengenalan


Image result for sejarah perlembagaan malaysia 


     Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu.
          Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.
             Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.
           Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Malayan Union – 1946


Image result for Malayan Union – 1946










Malayan Union – 1946
Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.


Proses Pembentukan Kesatuan Malaya (Malayan Union)
·                     British memperkenalkan pentadbiran ini dan diluluskan pada 10 Oktober 1945
·                     Sir Harold Mac Michael (wakil British) mendapatkan tandatangan daripada 9 orang Raja-raja Melayu
·                     Malayan Union diluluskan secara rasmi pada Januari 1946

Tujuan Pembentukan
·                     Penyatuan wilayah-wilayah pentadbiran berasingan
·                     Meningkatkan kecekapan Pentadbiran
·                     Perasaan anti-Melayu
·                  Percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan, tetapi mengikut ciri politik British
·                     Langkah penyatuan politik

Syarat-syarat Utama Malayan Union
·        Semua negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British
·                     Singapura dikeluarkan daripada persekutuan dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British
·                     Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan
·                     Hak kerakyatan diberi sama rata tidak kira bangsa mahupun keturunan
·                     Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik di setiap negeri


Faktor Penentangan Malayan Union
·                     Kehilangan Kedaulatan Raja
·                     Kaedah Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu
·                     Pemberian kewarganegaraan secara jus soli
·                     Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan orang Melayu
·                     Menyalurkan bantahan melalui pertubuhan Malayan Democatric Union (MDU)
·                     Dilakukan kerana merasa mereka tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa
·         Malayan Union dikatakan tidak demokratik kerana tidak menyatukan Singapura ke dalam kesatuan ini
·           Masyarakat tempatan  memulaukan Malayan Union dengan cara tidak menghadiri majlis pelantikan gabenor
·                     Berkabung selama seminggu dengan melilit kain putih di songkok

Penentangan Terhadap Malayan Union
·         Orang Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati melalui akhbar (Majlis & Utusan Melayu)
·                     Dato’ Onn Jaafar (Presiden Perstuan Melayu Johor) membuat persidangan bersama 41 pertubuhan Melayu (Mac 1946)
·                     Hasilnya, Kongres bersetuju memulau penubuhan Malayan Union
·                     Perkabungan selama 7 hari (April 1946)
·                     Tunjuk perasaan di bandar-bandar spt Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Alor Setar
·                     Malayan Union juga ditentang oleh sebahagian kecil orang bukan Melayu
·                     Menyalurkan bantahan melalui pertubuhan Malayan Democatric Union (MDU)
·                     Dilakukan kerana merasa mereka tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa
·          Malayan Union dikatakan tidak demokratik kerana tidak menyatukan Singapura ke dalam kesatuan ini
·           Masyarakat tempatan  memulaukan Malayan Union dengan cara tidak menghadiri majlis pelantikan gabenor
·                     Berkabung selama seminggu dengan melilit kain putih di songkok

Punca Kegagalan Malayan Union
·                     Tentangan hebat daripada orang Melayu
·                     Kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu
·                 Segolongan bekas pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu spt Frank Swettenham, R.O. Windstedt dan George Maxwell turut merasa tidak puas hati dengn penubuhan ini
·                     Bantahan-bantahan mereka turut disalurkan melalui akhbar di London
·         Akhir sekali, Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan pemerintahan baharu dikenali sebagai Persekutuan Melayu (PTM)



Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946





Image result for Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946

Image result for Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946

Image result for Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946



Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946



Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.

RIUH rendah perkhabaran dari selatan Semenanjung bahawa Kongres Melayu yang pertama bakal diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bermula 1 hingga 4 Mac 1946 yang sekali gus menjadikannya satu berita panas tersebar luas ke seluruh bumi Selangor.
Kedatangan pemimpin Melayu tersohor, Datuk Onn Jaafar sememangnya amat dinanti-nantikan oleh penduduk Selangor terutamanya di sekitar Kampung Baru yang tidak habis-habis memperkatakan mengenai kehadiran beliau di surau-surau, masjid-masjid, kelab-kelab dan rumah masing-masing.
Rasa teruja ingin menatap wajah Onn ketika itu begitu membuak-buak, sekali gus mahu mendengar syarahannya terutama sekali mengenai tentangan terhadap penubuhan Malayan Union.
Selain pemimpin tersebut, penduduk Selangor juga diberitahu pemimpin-pemimpin Melayu dari seluruh Semenanjung juga akan berkampung di situ bagi menubuhkan satu persatuan untuk menentang Malayan Union.
Khabar itu terus membakar semangat penduduk-penduduk Selangor dan pada masa yang sama mereka juga amat merasa bangga kerana Kongres Melayu yang pertama itu diadakan di negeri tersebut - lebih-lebih lagi diadakan di Kampung Baru di mana seratus peratus penghuninya terdiri daripada orang Melayu. Akhirnya kongres bersejarah tersebut dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1 Mac di bangunan yang terletak di antara Jalan Datuk Abdul Razak di utara, Jalan Raja Abdullah di barat dan Jalan Dewan Sultan Sulaiman (asalnya Jalan Stony) di selatan itu.
Mengingatkan
Dalam titah ucapannya, baginda mengingatkan peserta-peserta kongres bahawa apa jua keputusan yang diambil dalam persidangan itu - masalah agama jangan ditinggalkan. Baginda mengingatkan aspek keagamaan jangan diketepikan dalam sebarang bentuk perjuangan.
Onn pula dalam ucapannya di kongres tersebut antara lain berkata: ``Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.'' Dalam perhimpunan berkenaan Selangor selaku tuan rumah telah diwakili oleh 15 pertubuhan Melayu dengan keanggotaan seramai 33 orang. Antara pertubuhan tersebut ialah Pertubuhan Melayu Selangor, Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor, Ikatan Setia Kampung Baru, Penang Peranakan Club, Dewan Perniagaan Melayu Malaya, Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor dan Persekutuan Guru-Guru Melayu selangor.
Di Kelab Sultan Sulaiman inilah lahirnya cadangan dan saranan dari peserta-peserta kongres supaya ditubuh sebuah pertubuhan tunggal yang boleh dianggotai oleh seluruh orang Melayu tidak kira dari mana pun asal mereka.
Hasil daripada pertubuhan dan pertubuhan Melayu di negeri-negeri lain telah melahirkan UMNO dengan rasminya pada 12 Mei 1946 di Johor Bahru. Persatuan-persatuan Melayu di setiap negeri termasuk Selangor telah ditukarkan kepada UMNO dan wadah perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan. Meskipun UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 namun penubuhan UMNO di peringkat negeri tidak berjalan serentak.
Di Selangor beberapa pemimpin Melayu telah mengambil inisiatif sendiri menubuhkan UMNO peringkat bahagian di tempat masing-masing selepas peristiwa bersejarah di Istana Besar Johor Bahru itu.
Bagaimanapun, UMNO Selangor secara rasminya ditubuhkan pada 14 Februari 1953 di Dewan Masyarakat Jalan Hamzah Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Penubuhan UMNO Selangor ini telah disaksikan oleh Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu Yasin Abdul Rahman dan Ketua Penerangan UMNO, Syed Jaafar Albar.
Tujuh UMNO bahagian telah ditubuhkan menganggotai UMNO Selangor iaitu Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.
Ketika itu dinamakan ia Jawatankuasa UMNO Selangor yang dipimpin oleh Allahyarham Aziz Ishak iaitu salah seorang pengasas UMNO. Gerakan politik Selangor selepas tarikh itu adalah seiring dengan pergolakan yang berlaku di negeri-negeri lain tetapi Selangor mempunyai kelebihan kerana berada dekat kedudukan Kuala Lumpur yang menjadi pusat tumpuan gerakan politik dan pentadbiran Taah Melayu.
UMNO Selangor melalui UMNO Kuala Lumpur kemudiannya menjadi negeri pertama membuat perikatan dengan MCA dan bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1951.
Persetujuan UMNO-MCA bukanlah satu prinsip parti tetapi sebagai strategi untuk kemenangan dalam pilihan raya sahaja di mana formula itu telah membawa kemenangan besar bagi UMNO.
Formula ini kemudiannya ditingkatkan di peringkat kebangsaan di mana formula Parti Perikatan dicipta dan UMNO Selangorlah yang memainkan peranan penting dalam pembentukan formula tersebut.
UMNO Selangor yang dipimpin oleh Aziz Ishak juga telah menuntut kerajaan British supaya menerima pemimpin UMNO menduduki Federal Legislative Council dan seterusnya menuntut diadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1955.
Sejak penubuhan UMNO Selangor hinggalah ke hari ini UMNO Selangor telah dipimpin oleh lapan orang pemimpin yang telah banyak membuat jasa dengan kepimpinan yang tetap dikenang dalam sejarah perkembangan UMNO Selangor.
Bermula dengan Aziz Ishak pada tahun 1953, UMNO Selangor kemudian dipimpin oleh Allahyarham Datuk Abu Bakar Baginda pada tahun 1959 selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang pertama.
Selepas pilihan raya 1964, Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ke-2, memimpin UMNO Selangor. Harun pernah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO telah memimpin Selangor selama 12 tahun iaitu sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1976.
Kesinambungan pimpinan UMNO Selangor diteruskan oleh Datuk Hormat Rafei apabila dilantik mengambil alih sebagai Menteri Besar Selangor ke-3. Pelantikan beliau dibuat oleh Allahyarham Tun Hussein Onn yang juga memangku jawatan Presiden UMNO setelah kembalinya Allahyarham Tun Abdul Razak Husein ke rahmatullah pada tahun 1976.
Selepas pilihan raya umum 1982, Setiausaha UMNO Selangor untuk tempoh 1964-1977, Datuk Ahmad Razali Mohd. Ali meneruskan memimpin UMNO Selangor walaupun tidak menjawat jawatan Menteri Besar sehingga tahun 1987.
Selepas perhimpunan Agung UMNO 1987, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Menteri Besar yang ke-5 dilantik pula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang ke-6.
Muhammad telah memimpin UMNO Selangor selama 10 tahun juga merupakan Naib Presiden UMNO sejak 1993. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut kerana menghadapi perbicaraan mahkamah di Brisbane, Australia dan tidak mahu masalah yang dihadapinya menjejaskan nama baik parti UMNO.
Kepimpinan UMNO Selangor selepas itu diteruskan oleh Datuk Seri Abu Hassan Omar yang diberi mandat oleh Presiden UMNO sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO selangor yang ke-7. Selaku seorang bekas pentadbir awam dan menteri Kerajaan Persekutuan yang berpengalaman, kepimpinan beliau memang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Selangor apabila UMNO sedang mengorak langkah menghadapi cabaran alaf baru.
Bagaimanapun pada tahun 2000, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, Tanjung Karang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menggantikan Abu Hassan, yang berusia 60 tahun pada ketika itu yang meletakkan jawatannnya di atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga. Mohamad Khir mencatatkan sejarah apabila dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang paling muda iaitu dalam usia 35 tahun.
Bagaimanapun, pada masa itu jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dipegang oleh Muhammad.
Mohamad Khir kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 24 Januari 2002.
Di bawah kepimpinan Mohamad Khir, Selangor telah diisytiharkan sebagai negeri maju mendahului negeri-negeri lain.