Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan
Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.
1) Proses Penggubalan Rang Undang-Undang Awam (contoh usul Kementerian Pengangkutan)
2) Menteri berkaitan membuat draf dan mengemukakan rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.
3) Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
4) Rang ini diluluskan unruk pemerhatian kabinet dan diusul di Parlimen.
5) Bacaan Kali PERTAMA – notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara.
6) Bacaan Kali KEDUA – Dibahaskan di Dewan Rakyat oleh parti pembangkang dan wakil rakyat
- Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
- Menteri menjelaskan sebarang persoalan
- Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat
7) Peringkat jawatankuasa – meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
_ membuat pindaan yang sesuai
8) Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
- dihantar untuk kelulusan
- mendapat undian majority untuk diluluskan sebagai akta
9) Diperkenan oleh YDPA - dalam tempoh 30 hari
- jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan diluluskan kemudian
10) Warta kerajaan – dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dipamerkan di bangunan Parlimen.
- Dinyatakan tarikh oenguatkuasaan untuk diamalkan.
No comments:
Post a Comment